fb fb fb fb fb

Ahmad Faizal suntik semangat Jeffrey, Aruwin

KUALA LUMPUR, 5 Februari - Dua atlet negara yang bakal memulakan saingan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 mendapat suntikan semangat menerusi ucapan daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ucapan berkenaan dimuatnaik di laman Facebook rasmi beliau.

Menerusi ucapan tersebut, Ahmad Faizal meluahkan rasa bangga terhadap Jeffrey Webb dan Aruwin Salehhuddin bakal berjuang mewakili Malaysia pada temasya tersebut.

"Malaysia sebuah negara tanpa salji, mencipta sejarah dengan penampilan pertama pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 4 tahun lepas di Pyeongchang Korea Selatan menerusi Julian Yee dan Jeffrey Webb.

"Saya berbangga dengan pencapaian atlet negara, Jeffrey Webb dan Aruwin Salehhuddin yang akan berjuang di pentas Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022," katanya.

Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya buat dua atlet negara tersebut malah doa seluruh Keluarga Malaysia sentiasa mengiringi perjuangan mereka.

Pada penyertaan kali ini Jeffrey dan Aruwin masing-masing dijadual menyertai sukan Alpine Skiing dalam acara slalom lelaki, slalom wanita dan giant slalom wanita.

Aksi melibatkan Malaysia bakal bermula pada minggu depan.

Media Baharu