fb fb fb fb fb

MotoGP 2022 : Sesi latihan Pasukan WithU Yamaha RNF MotoGP Racing Team lancar

SEPANG, 6 Februari - Pasukan WithU Yamaha RNF MotoGP Racing Team menganggap sesi latihan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berjalan lancar.

Prinsipal pasukan MotoGP negara, Datuk Razlan Razali turut akui gembira dengan prestasi dipamerkan dua pelumbanya.

"Dua-dua pelumba kita positif dari segi percubaan setakat ini. Kita bermula dengan Andrio Dorvioso, dia seorang pelumba yang berpengalaman kalau tengok pengalaman, beliau memang bagus dari segi ujian masa dan pada mulanya dia 10 terbaik.

"Jadi ini positif dan sekarang dia sedang buat latihan dengan komponen semua. Darren pula selepas tiga hari kerja keras dia masih lagi menguji jentera dan sebagainya.

Jelas Razlan, sasaran utama pasukan pada musim ini adalah untuk mengembalikan momentum kecemerlangan.

Saingan MotoGP 2022 bakal membuka tirainya pada 6 Mac di Litar Antarabangsa Losail, Qatar.

 

Media Baharu