RIYADH, 28 November - Adrien Fourmaux mencatat peningkatan prestasi memberangsangkan dalam aksi Rali Arab Saudi, sekali gus menguasai kedudukan teratas selepas tujuh peringkat perlumbaan.
Martiņs Sesks mendahului lima peringkat pertama sebelum Ford Puma M-Sport miliknya mengalami tayar pancit pada peringkat keenam, lantas melepaskan kedudukan teratas kepada Sami Pajari dari Toyota.
Bagaimanapun, Pajari menghadapi masalah tayar sendiri pada peringkat ketujuh, membuka laluan kepada Adrien Fourmaux dari Hyundai untuk merampas kedudukan utama pada peringkat gravel terakhir hari itu.
Pada ketika ini, Pajari dan Sesks berada di kedudukan kedua dan ketiga, masing-masing ketinggalan hanya 5.3 saat dan 8.9 saat di belakang Fourmaux.
Dalam saingan kejuaraan, Sebastien Ogier terus mendahului dengan kelebihan mata ke atas rakan sepasukannya di Toyota, Kalle Rovanpera dan Elfyn Evans. Ogier kini berada di kedudukan ketujuh dalam acara terakhir musim ini di Arab Saudi, diikuti Rovanpera di kedudukan kelapan dan Evans di tempat kesembilan.-REUTERS