fb fb fb fb fb

Adana Demirspor pecat Patrick Kluivert

Patrick Kluivert

PARIS, 5 Disember- Bekas pemain antarabangsa Belanda, Patrick Kluivert telah dilucutkan jawatan sebagai pengurus Adana Demirspor selepas kelab Turki itu hanya memenangi satu daripada enam perlawanan terakhir mereka.

"Kami berpisah atas persetujuan bersama dengan jurulatih kami, Patrick Kluivert," kata kelab yang menduduki tempat kelima dalam carta liga.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kluivert dan kakitangannya atas sumbangan mereka kepada kelab kami, dan mendoakan kejayaan beliau sepanjang kariernya."

Kluivert, 47, hanya mengambil alih jawatan pengurus pada musim panas lalu.

Ia adalah pengalaman pertamanya sebagai ketua jurulatih kelab, setelah meninggalkan Curacao untuk ke Turki.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE