fb fb fb fb fb

Hoki Remaja Dunia: Malaysia berpesta gol tumpaskan Chile

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 Disember - Malaysia membuka tirai kempen Hoki Piala Dunia Remaja 2023 dengan langkah kanan apabila menewaskan Chile pada aksi pertama kumpulan A.

'Young Tiger' yang turun dengan misi memungut tiga mata penuh dilihat berjaya menampilkan aksi cemerlang dengan meraih kemenangan selesa 7-1.

Pada perlawanan berkenaan, skuad bimbingan Muhamad Amin Rahim berjaya meraih jaringan melalui Harris Osman,Muhammad Danish Aiman,Jefferynus Andywalfian,Misron Azmilmuizzudin,Shamsul Shamir.

Manakala Shahmie Irfan Suhaimi menyumbangkan dua jaringan gol.

Tamat permainan, Malaysia meraih kemenangan pada aksi pertama kumpulan menundukkan Chile 7-1.

Malaysia kini memimpin carta kumpulan A dengan 3 mata, berkongsi mata dengan Argentina yang menewaskan Australia 1-0 pada sebelah petang namun dibezakan dengan perbezaan jaringan.

Esok pasukan kebangsaan akan berdepan pasukan Argentina pada jam 8 malam.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD