fb fb fb fb fb

ACT 2023: India ratah Malaysia

(FOTO RTM)

CHENNAI, 7 Ogos- Skuad hoki lelaki negara gagal meneruskan momentum di Kejohanan Trofi Juara-juara Asia (ACT) 2023 selepas dibelasah 0-5 oleh juara tiga kali, India malam tadi.

Pesta gol tuan rumah bermula pada minit ke-15 menerusi jaringan padang oleh Selvam Karthi di Stadium Mayor Radhakrishnan.

India semakin mengganas di suku ketiga apabila menjaringkan dua gol daripada pukulan sudut penalti, masing-masing oleh Hardik Singh dan Harmanpeet Singh.

Tuan rumah terus menambah derita skuad kendalian A. Arul Selvaraj apabila giliran Gurjant Singh menyumbat masuk gol padang pada minit ke-53.

Jugraj Singh kemudian melengkapkan kemenangan besar mereka dengan menyempurnakan pukulan sudut penalti, selang seminit kemudian.

Kemenangan bergaya itu menyaksikan India mengumpul tujuh mata, sekali gus memintas Malaysia yang memungut enam mata untuk berada di tempat teratas kumpulan selepas tiga perlawanan.


(FOTO FAIL)

Media Baharu