fb fb fb fb fb

Abu Samah rangkul 2 kejuaraan tenis kerusi roda di Itali

FOTO FB Abu Samah Borhan

KUALA LUMPUR, 15 September - Jaguh tenis kerusi roda negara, Abu Samah Borhan menutup kempen di Kejohanan Tenis Kerusi Roda di Vicenza, Itali dengan cemerlang apabila meraih kejuaraan dalam acara perseorangan dan beregu, semalam.

Pada aksi akhir perseorangan, atlet berusia 40 tahun itu menewaskan wakil Austria, Nico Langmann, dengan straight set 6-4, 7-6 (5).

Abu Samah kemudian bergandingan dengan rakan senegara, Mohamad Yusshazwan Yusof dalam acara beregu dan berjaya mengetepikan cabaran pasangan tuan rumah, Luca Arta serta Ivan Tratter, 6-4, 6-3.

“Alhamdulillah, juara perseorangan dan beregu. Terima kasih atas doa dan sokongan semua. Doakan kejayaan kami pada kejohanan seterusnya,” tulis Abu Samah di Facebook, hari ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE