(Aaron dan Wooi Yik pada perlawanan Badminton Terbuka Denmark)
AYER KEROH, 3 November- Pemain beregu badminton nombor 1 negara, Aaron Chia mengakui dia dan gandingannya, Soh Wooi Yik mudah hilang tumpuan sehingga menyaksikan mereka tersingkir di pusingan pertama Terbuka Perancis, minggu lalu.
Aaron dan Wooi Yik sebelum itu mara ke final Terbuka Denmark yang menyaksikan mereka tewas di tangan beregu Indonesia.
Namun, harapan untuk melihat pasangan nombor empat dunia itu bangkit di Terbuka Perancis tidak kesampaian apabila mereka tunduk kepada beregu kurang ternama dari China di pusingan awal.
Menurut Aaron, "saya rasa mungkin hari itu saya agak kurang fokus kerana masih terfikir kekalahan dengan gandingan dari Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo pada separuh akhir Terbuka Denmark."
(Aaron Chia ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Insentif kejohanan Dunia,
Sukan Komanwel dan SUKMA MSN 2022)
Aaron dan Wooi Yik berazam untuk bangkit dengan prestasi lebih baik pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir di China pada Disember sebagai persediaan menghadapi kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.
Aaron ditemui ketika Majlis Penyerahan Insentif kejohanan Dunia, Sukan Komanwel dan SUKMA MSN 2022 di Seri Negeri.
Pada majlis itu Aaron menerima insentif sebanyak RM70,000 daripada Kerajaan Negeri Melaka selepas meraih gelaran juara pada Kejohanan Badminton Dunia 2022.
Pemain berusia 25 tahun dari Batu Berendam itu juga memenangi pingat emas dalam acara berpasukan campuran dan gangsa beregu lelaki di Sukan Komanwel Birmingham Ogos lepas.