PORTRUSH, 18 Julai – Harris English dari Amerika Syarikat dan Matt Fitzpatrick dari England berkongsi kedudukan pendahulu bersama tiga lagi pemain selepas mencatat 4 bawah par 67 pada pusingan pertama The Open di Royal Portrush Golf Club, Khamis.
Mereka disertai pemain Denmark, Jacob Skov Olesen, Li Haotong dari China serta wakil Afrika Selatan, Christiaan Bezuidenhout dalam senarai lima pemain teratas selepas pusingan pembukaan yang menyaksikan cabaran hebat daripada angin kuat dan hujan yang melanda sewaktu sesi tengah hari.
Sementara itu, bintang tuan rumah Rory McIlroy yang memburu kejuaraan utama keduanya, kekal dalam kedudukan terbaik apabila menamatkan pusingan pertama dengan catatan 1 bawah par, hanya tiga pukulan di belakang pendahulu.
“Saya rasa sokongan seluruh negara bersama saya di luar sana,” kata McIlroy yang mendapat sorakan padu daripada penyokong tempatan sepanjang saingan.-REUTERS