fb fb fb fb fb

32 pemain sepak takraw sertai Program Podium 2025

Majlis Sukan Negara (MSN) telah meluluskan penyertaan 32 pemain sepak takraw ke dalam program podium 2025 / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 27 Disember – Majlis Sukan Negara (MSN) telah meluluskan penyertaan 32 pemain sepak takraw ke dalam Program Podium 2025 sebagai persediaan menghadapi kejohanan penting dalam tempoh dua tahun akan datang.

Setiausaha Agung Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Abidullah Salleh memaklumkan seramai 21 atlet lelaki dan 12 atlet wanita yang terpilih akan melaporkan diri di MSN pada 2 Januari depan.

Menurutnya, pemilihan pemain dibuat berdasarkan pemantauan rapi barisan kejurulatihan skuad kebangsaan di beberapa kejohanan utama.

Pasukan kebangsaan bakal menghadapi cabaran besar, termasuk Sukan SEA Thailand pada Disember 2025, Piala Asia, Kejohanan Sepaktakraw Piala Raja Thai 2025, dan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN