fb fb fb fb fb

284 atlet bakal mewakili Perlis pada SUKMA Sarawak

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyerahkan bendera kontinjen Perlis ke SUKMA Sarawak di Stadium Tuanku Syed Putra Kangar

KANGAR, 4 Ogos- Seramai 284 atlet bakal mewakili Perlis dalam 28 jenis sukan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan berlangsung di Sarawak bermula 17 hingga 24 ogos nanti.

Perlis juga menyasarkan 10 pingat emas melalui beberapa sukan pilihan pada edisi SUKMA kali ini.

Antara sukan yang menjadi tumpuan sasaran pingat emas buat kontingen Perlis ialah angkat berat dan olahraga.

Selain itu, Perlis juga bakal memberikan insentif kepada mana-mana atlet yang mampu menghadiahkan pingat kepada negeri berkenaan.

Bagi atlet perseorangan yang membawa balik pingat emas bakal menerima wang tunai RM1,000, perak (RM700 manakala gangsa (RM400).

Manakala bagi acara berkumpulan di bawah 5 orang bakal menerima wang tunai 600 ringgit bagi emas,400 ringgit perak dan 200 ringgit gangsa.

Sementara itu bagi sukan melebihi lima ahli masing masing akan dihadiahkan wang tunai RM300 (emas); RM200 (perak) dan RM100 (gangsa).

Kesemua insentif berkenaan diumumkan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli pada sesi penyerahan bendera kontinjen Perlis ke SUKMA Sarawak pada tahun ini yang diadakan di Stadium Tuanku Syed Putra Kangar, di sini.

Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berkenan hadir menyempurnakan simbolik berkenaan.

Turut mengiringi baginda Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI