fb fb fb fb fb

10 kad merah dilayang pada pertembungan Boca Juniors menentang Racing Club

ANKARA, 7 November - Perlawanan akhir piala bola sepak tempatan Argentina pada Ahad menyaksikan beberapa detik menarik apabila 10 kad merah dilayangkan pada pertembungan Boca Juniors menentang Racing Club.

Pada kejohanan itu, Racing Club menewaskan Boca Juniors, juara liga Argentina dan piala domestik tahun ini dengan keputusan 2-1 selepas masa tambahan.

Namun, gol kemenangan Racing Club itu mencetuskan pergaduhan menyebabkan pengadil Piala Dunia FIFA, Facundo Tello, melayangkan tujuh kad merah kepada pemain Boca Juniors dan tiga lagi kepada Racing Club, lapor Agensi Anadolu.

Pemain Boca yang dibuang padang ialah Sebastian Villa, Alan Varela, Luis Advincula, Carlos Zambrano, Diego Gonzalez, Frank Fabra dan Dario Benedetto.

Johan Carbonero dari Racing Club, penjaring gol kemenangan Alcaraz, dan Jonathan Galvan turut menerima kad merah.

(FOTO REUTERS)

Kebanyakan pemain dibuang padang kerana bergaduh. - BERNAMA

Media Baharu