Kapal karam di Filipina, 15 maut, puluhan lagi masih hilang

Antara mangsa bot karam di Filipina yang berjaya diselamatkan/Reuters

BASILAN, 26 Januari – Seramai 15 individu disahkan maut, manakala puluhan lagi masih hilang apabila sebuah kapal yang sarat dengan 300 penumpang terbalik dalam kejadian di tengah Filipina.

RINGKASAN BERITA AI
  • 15 individu disahkan maut dalam nahas kapal terbalik di perairan Filipina.
  • Puluhan lain masih hilang selepas kejadian membabitkan kapal sarat penumpang.
  • MV Trisha Kerstin 3 dalam perjalanan ke Jolo dari Zamboanga ketika berlanggar masalah.
  • Kapal membawa 352 orang: 332 penumpang dan 27 anak kapal.

Menurut Pengawal Pantai Filipina (PCG), kapal berkenaan, MV Trisha Kerstin 3 sedang dalam perjalanan ke Jolo di wilayah Sulu selepas berlepas dari Zamboanga.

Jelas PCG lagi, kapal berkenan beroperasi dalam kadar kapasiti yang dibenarkan, membawa 352 orang.

332 daripadanya merupakan penumpang dan baki 27 orang merupakan anak kapal.

Kemalangan dilaporkan berlaku diawal pagi.