fb fb fb fb fb

Warisan sah bertanding PRU Dewan Negeri Johor

FOTO BERNAMA

JOHOR BAHRU, 16 Februari - Parti Warisan Sabah (Warisan) memuktamadkan keputusan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor ke-15, 12 Mac depan.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagaimanapun berkata parti itu masih belum memutuskan jumlah kerusi yang ingin ditandingi.

"Jumlah kerusi itu kita akan umum pada masa yang sesuai. Warisan bertanding di Johor bagi memberi pilihan kepada pengundi kerajaan yang mereka inginkan," katanya selepas pelancaran Jentera Warisan Johor, di sini malam ini.

Tambahnya, keputusan Warisan bertanding di PRU Dewan Negeri Johor adalah sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum yang berkemungkinan berlaku tahun ini.

"Yang ingin kita dampingi ialah mereka yang menentukan siapa yang akan memerintah bukan sahaja Johor, bahkan negara Malaysia," katanya.

Pada majlis tersebut, Mohd Shafie turut mengumumkan bekas Ahli Dewan Negeri Kukup, Suhaimi Salleh sebagai Ketua Koordinator Warisan Johor.

Media Baharu