fb fb fb fb fb

Kempen parti politik di surau dan masjid, tiada laporan diterima


JOHOR BAHRU, 16 Februari
- Tiada laporan diterima tentang penggunaan masjid atau surau di Johor untuk tujuan kempen parti-parti politik menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor ke-15 pada 12 Mac depan.

Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Andar Sarimin berkata ia tidak dibenarkan, malah SOP semua masjid dan surau masih tertakluk kepada peraturan bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri Johor.

"Memang tidak ada dan jabatan pun memang tidak membenarkan, setakat ini tidak dibenarkan parti politik membuat apa-apa 'event' di masjid-masjid seluruh negeri Johor," katanya pada sidang media sempena Program Johor Fitrah Kasih di Johor Bahru.

Sebanyak 15 rumah kebajikan di sekitar Johor Bahru disasarkan menerima manfaat menerusi program tersebut yang akan dilaksana pertengahan April depan.

Media Baharu