KUALA TERENGGANU, 5 November - Polis Terengganu tidak akan berkrompromi terhadap sebarang cubaan mencetuskan kekecohan sepanjang hari penamaan calon di negeri itu, kata Ketua Polis, Datuk Rohaimi Md Isa di sini.
Tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka yang terlibat menimbulkan rasa tidak tenteram orang ramai.
(Rohaimi bercakap kepada media selepas meninjau
persediaan akhir pusat penamaan calon PRU15 di Stadium Negeri, di sini)
"Kepada semua penyokong-penyokong daripada mana-mana parti pun hendaklah mengawal situasi, janganlah menimbulkan keadaan huru hara ataupun sebarang provokasi yang tidak sewajarnya.
"Jadi biarlah ia berjalan secara lancar untuk ketenteraman masyarakat dan kebaikan masyarakat secara keseluruhannya," katanya.
Lebih 1,000 pegawai serta anggota polis ditugaskan bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.