fb fb fb fb fb

Tiga individu ditahan, 30 laporan kesalahan PRU15 diterima polis Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 15 November- Polis menahan tiga individu dan menerima 30 laporan berkaitan pelbagai kesalahan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di negeri ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata setakat ini, pihaknya telah membuka 12 kertas siasatan dan satu kertas enkuiri polis.

"Ketiga-tiganya telah didakwa di mahkamah iaitu masing-masing mengikut Seksyen 385, 323 dan 324 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain

"Setakat 10 hari tempoh kempen PRU15, polis telah mengeluarkan 986 permit berkempen dan 360 acara telah dijalankan. Mungkin dalam minggu akhir kempen nanti kita akan menerima lebih banyak permohonan permit," katanya kepada pemberita selepas mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Media Baharu