fb fb fb fb fb

Pahang, Kedah umum cuti khas sempena PRU15

MARAN, 15 November- Tarikh cuti khas sempena Pilihan Raya ke-15 (PRU15) bagi negeri Pahang adalah sama dengan Kerajaan Persekutuan iaitu 18 November ini.

Perkara terbabit dimaklumkan Ketua Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.


(Untuk cuti PRU15 ini, Pahang mengikut cuti diberi Kerajaan Persekutuan)

"Untuk cuti PRU15 ini, Pahang tiada pilihan selain mengikut cuti diberi Kerajaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas Program Ramah Mesra
bersama penduduk Mukim Chenor, di sini.

Sementara itu, kerajaan negeri Kedah mengumumkan Ahad, 20 November ini sebagai hari kelepasan am gantian bagi seluruh Kedah. 

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Jumaat dan Sabtu ini sebagai hari pelepasan am.

Cuti terbabit diberi untuk memudahkan rakyat menunaikan tanggungjawab mereka pada PRU15, Sabtu ini.

 

Media Baharu