fb fb fb fb fb

Tiada lagi PPS dibuka di Segamat

SEGAMAT, 27 November- Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Segamat yang beroperasi sejak 2 November lalu akhirnya ditutup secara rasmi, 7 malam tadi.

Kesemua 17 penduduk terjejas banjir daripada enam keluarga di Balairaya Kampung Batu Badak, dibenarkan pulang.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memaklumkan PPS yang dibuka awal bulan ini disebabkan paras air Sungai Muar yang melimpah sehingga menjejaskan lebih 10 buah rumah.


(Foto BERNAMA)

Sehingga petang tadi, ketinggian Sungai Muar ialah pada paras waspada 8.34 meter, berbanding paras normal, 7.30 meter.

Sebuah lagi PPS di Segamat iaitu Dewan Komuniti Tasek ditutup, Khamis lalu.

Media Baharu