(Datuk Profesor Madya Dr Wan Ahmad Fauzi dalam program Khas Pasca PRU ke 15)
KUALA LUMPUR, 26 November- Konsep kerajaan perpaduan amat penting untuk membantu negara menghadapi cabaran global pada masa hadapan.
Menurut Pakar Perlembagaan Universiti Malaysia Pahang, Datuk Profesor Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, kepakaran yang ada dalam setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu dimanfaat sebaiknya.
"Bila ada gabungan pastinya ada pakar-pakar dalam parti masing-masing, mendapat kepakarana pengalaman dari parti lain juga yang bersedia untuk bersama membentuk kerajaan cara ini ada kekuatan untuk menghadapi cabaran global pada masa akan datang," kata Wan Ahmad Fauzi selepas menjadi tetamu program Khas Pasca PRU ke-15 di Angkasapuri Kota Media, di sini.
(Datuk Profesor Madya Dr Wan Ahmad Fauzi berkata kerajaan perpaduan bantu negara
hadapi cabaran global)