fb fb fb fb fb

Calon DUN Tioman tempuhi cabaran kempen lebih lama

ROMPIN, 25 November- Kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Dewan Negeri (DUN) Tioman mempunyai cabaran dari segi kekuatan fizikal dan mental bagi calonnya.

Ini kerana, calon terpaksa mengharungi tempoh kempen hampir satu bulan setelah PRU-15 bagi DUN Tioman terpaksa diadakan semula selepas calon daripada parti Perikatan Nasional (PN) meninggal dunia awal pagi hari pengundian.

 
(Calon parti Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Johari Hussien)

Bagi Calon parti Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Johari Hussien menganggap ianya sebagai asam garam bertanding sebagai wakil rakyat meskipun situasi berkenaan adalah pertama kali dialami beliau.

"Tempoh awal saya tempuhi selama dua minggu memang 'all out', tapi berikutan penangguhan ini terpaksa sambung lagi dua minggu, jadi ini satu pengalaman yang bagi saya luar biasa, dan kita memerlukan persediaan mental dan fizikal, rohani yang orang kata solid kerana bukan senang bagi seorang calon nak berjumpa dengan kawasan Pulau Tiomannya seberang laut disana pun kampung banyak tapi tinggal lagi kita bantuan rakan-rakan jentera Dun Tioman sendiri," katanya

Walaupun penat berkempen sejak 5 November lalu, tanggungjawab perlu digalas beliau bersama-sama jentera parti bagi memastikan kerusi disandangnya 2008 kekal milik parti BN.

Beliau berkata, aktiviti kempen tetap akan dijalankan sehingga tengah malam 6 Disember nanti meskipun dilakukan dengan skala lebih kecil berbanding pada tempoh dua minggu lepas.

SPR sebelum ini menetapkan pengundian PRU15 bagi kerusi DUN Tioman ditunda kepada 7 Disember ini susulan kematian calon Perikatan Nasional (PN); Md. Yunus Ramli.

Allahyarham Md Yunus Ramli meninggal dunia pada 19 November lalu pada jam 3.30 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Rompin akibat komplikasi jantung.

Proses penamaan calon yang selesai pada semalam menyaksikan pertembungan lima penjuru di kerusi N.24 Tioman;  membabitkan penyandang calon BN, Dato' Sri Mohd Johari Hussain yang dicabar oleh calon Perikatan Nasional (PN), Nor Idayu Hashim, Sulaiman Bakar (Bebas), Osman A. Bakar (Pejuang) dan Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH).

Media Baharu