fb fb fb fb fb

Calon PH Dewan Negeri Tioman santuni masyarakat orang asli

ROMPIN, 28 November - Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Negeri Tioman Mohd Fadzli Mohd Ramly meneruskan kempen dengan menyantuni pengundi termasuk masyarakat orang asli.

Memasuki minggu kedua kempen, beliau kini menfokuskan kepada permasalahan yang dihadapi penduduk setempat untuk diketengahkan sekiranya beliau diberi mandat pengundi di Dewan Negeri itu.

"Tumpuan kempen kepada tanya rakyat tanya masyarakat apa isu yang mereka hadapi, kita sudah pergi kepada fasa kedua, fasa dikenali untuk memperknelakan diri saya rasa dah selesai, sekarang ini fasa untuk mengetahui apa masalah mereka..sebab bagi saya ini lah yang akan  kami hadapi lima tahun kalau sekiranya terpilih sebagai adun di Tioman ini," kata Mohd Fadzli di sini.

(Mohd Fadzli ketika ditemui pemberita RTM)

Tambahnya, sejak memulakan kempen 5 November lalu pelbagai permasalahan penduduk telah diteliti termasuk isu bekalan air bersih yang masih membelenggu masyarakat orang asli dan penduduk perkampungan tradisional, geran pemilikan tanah, serta isu peluang pekerjaan kepada golongan muda.

Media Baharu