fb fb fb fb fb

Kerajaan perpaduan negeri cerminkan kemajmukan, kepelbagaian Pahang

PEKAN, 28 November- Tiga perkara dipertimbangkan Barisan Nasional (BN) Pahang dalam pembentukan kerajaan negeri kali ini.

Termasuk mengadakan pelbagai rundingan dengan blok parti bertanding dan mencapai kesepakatan membentuk kerajaan perpaduan negeri Pahang bersama Pakatan Harapan (PH).

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, perkara tersebut menjadi fokus utama bagi membolehkan pembentukan kerajaan negeri segera dilakukan.

"Yang pertama BN Pahang berpendirian bahawa antara blok merupakan satu pendekatan baharu yang mesti menjadi pilihan sekali gus membukti keterbukaan untuk bekerjasama dengan mana-mana blok sama ada PH atau pun PN, demi kebaikan rakyat.

"Kedua BN Pahang mendapati bahawa sebarang pilihan kerjasama mesti dilakukan dengan mengambil kira keupayaan gabungan untuk membawa kestabilan kepada kerajaan negeri dan kesejahteraan rakyat," kata Wan Rosdy ketika sidang media di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) di sini.

Tambah beliau, BN Pahang juga percaya pembentukan kerajaan ini perlu selari dengan kerajaan perpaduan yang dibentuk di peringkat Persekutuan.

Katanya kombinasi kerajaan negeri ini haruslah mencerminkan kemajmukan dan kepelbagaian yang menjadi kekuatan Pahang.

(Datuk Seri Wan Rosdy berkata kerajaan perpaduan negeri cerminkan kemajmukan, kepelbagaian
Pahang)

 

Media Baharu