fb fb fb fb fb

Kabinet dibentuk selepas terima pandangan semua parti

PETALING JAYA, 28 November- Kabinet kerajaan perpaduan akan dibentuk secepat mungkin selepas mengambil kira pandangan daripada semua parti dalam kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Beliau berkata perkara itu harus diteliti memandangkan saiz Kabinet dalam kerajaan perpaduan akan dikecilkan.

Tambahan pula, kerajaan perpaduan melibatkan lapan parti, sesuatu yang luar daripada kelaziman.

Beliau juga tidak bercadang melantik duta atau penasihat khas.

Perdana Menteri berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Ibu Pejabat PKR, di sini.

Mesyuarat itu yang pertama selepas Anwar dilantik sebagai perdana menteri.

Mengulas mengenai usul undi percaya perdana menteri, beliau menegaskan ia akan tetap dibentang dalam sidang Dewan Rakyat pada 19 Disember ini, meskipun ada pemimpin PH berpandangan tiada keperluan berbuat demikian.

(Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kabinet dibentuk selepas terima pandangan semua parti)

Media Baharu