fb fb fb fb fb

Bangunkan negeri Pahang, ketepikan sentimen politik

(Pemangku Raja Pahang bertitah pada Majlis Istiadat Pengurniaan Surat Cara
Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang) 

PEKAN, 28 November- Kerajaan negeri Pahang yang baru dibentuk oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) perlu mengetepikan ideologi serta sentimen politik, dan menumpukan usaha memajukan negeri.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan kedua-dua parti gabungan yang telah bersetuju untuk membentuk kerajaan negeri itu, supaya meletakkan agenda pembangunan negeri dan kebajikan rakyat sebagai keutamaan.

“Ketepikan ideologi dan sentiment politik, letakkan agenda pembangunan negeri dan kebajikan sebagai keutamaan. Kini bukan lagi masa untuk berpolitik, cukup-cukuplah pilihan raya telah tamat kerajaan negeri telah dibentuk. Sekarang masa untuk bekerja." titah baginda di Majlis Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang di sini.

Bagi pihak pembangkang pula, baginda mengingatkan agar menjalankan fungsi semak dan imbang dengan teguran serta idea yang profesional dan matang. 

Baginda juga berharap pihak yang dipilih tidak mencipta kekayaan diri dan tidak mengkhianati amanah yang diberi.


(Pemangku Raja Pahang bertitah bangunkan negeri Pahang, ketepikan sentimen politik)

Media Baharu