PADANG SERAI, 30 November- Semua pihak terutama calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai, dinasihat bertanding secara sihat dan berhemah.
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai, Dr Mohamad Sofee Razak turut menasihati mereka agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti atau mengguris hati mana-mana pihak.
Mohamad Sofee berkata calon-calon bertanding boleh mengutarakan idea dan tawaran masing-masing untuk pertimbangan rakyat khususnya pengundi di Parlimen itu.
"Calon-calon diminta menggunakan ruang berkempen mengemukakan hujah-hujah, tawaran kepada pengundi dan rakyat. Mereka juga diminta berkempen secara profesional dan berhemah," katanya kepada pemberita selepas beramah mesra bersama orang ramai dan peniaga di Permatang Tok Dik, di sini.
(Pengundi di Parlimen tersebut khususnya masyarakat India dan Cina
menerima baik kehadirannya di kawasan itu)
Katanya, pengundi di Parlimen tersebut khususnya masyarakat India dan Cina menerima baik kehadirannya di kawasan itu.
Beberapa isu seperti kenaikan harga barang dan kemudahan infrastruktur antara yang banyak dikemukakan kepadanya sepanjang bertemu rakyat.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian PRU15 Parlimen Padang Serai pada 7 Disember, manakala pengundian awal, 3 Disember ini.
Tarikh itu ditetapkan ekoran kematian M.Karupaiya, 69 tahun yang meninggal dunia 16 November lepas.