fb fb fb fb fb

Tiada istilah musuh atau kawan yang kekal dalam politik - Ab. Rauf

AYER KEROH, 1 November - UMNO Melaka bersikap terbuka menerima sesiapa sahaja yang mahu menyokong mereka dalam usaha membantu kemenangan parti itu, pada Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15) 19 November ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, ia termasuk bekas Naib Presiden Bersatu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen yang mengumumkan perletakan jawatannya pada 30 Oktober lepas.

Katanya, tiada istilah musuh atau kawan yang kekal dalam politik, kerana ia memerlukan sokongan berterusan oleh pihak terlibat.

(Ab. Rauf bercakap kepada pemberita selepas
mempengerusikan Mesyuarat Khas Barisan Nasional (BN) negeri di sini)

"UMNO membuka sikap terbuka siapa yang datang, mahu membantu kita persilakan kerana kita mahu supaya membuktikan selama ini yang dipilih oleh rakyat Melaka sebuah kerajaan yang stabil, menjamin kemakmuran rakyat.

"Apa yang kita dapat sekarang, jadi kita selaku parti politik kita tiada musuh kekal, kawan..sesiapa yang hendak menolong kita persilakan," kata Ab. Rauf di sini.

Ahad lepas, Mohd Rafiq mengumumkan, beliau meletakkan semua jawatannya dalam Bersatu dan keluar dari parti berkenaan berkuat kuasa serta-merta.

A. Rauf juga berkata, mana-mana individu yang tidak terpilih sebagai calon pada PRU15 kali ini perlu kekal meneruskan perjuangan parti.

Malah beliau turut menyeru kepada yang tercalon supaya menjalankan amanah diberi dengan bersungguh-sungguh.

Media Baharu