fb fb fb fb fb

Perikatan Nasional umum calon bagi 169 kawasan parlimen

KUALA LUMPUR, 1 November- Perikatan Nasional (PN) mengumumkan calon Parlimen dengan pembahagian antara empat parti sekutunya.

Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan, PN bakal meletakkan calon di 169 Parlimen.


(Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin / Foto Bernama)

“Perkara ini telah kita putuskan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PN dan akan umum bakal calon bertanding kecuali bagi Kelantan dan Terengganu akan umum pada satu tarikh lain sama ada esok atau lusa,”katanya.

Berdasarkan pembahagian kerusi, Bersatu mendominasi carta dengan meletakkan calon di 74 kawasan Parlimen.

Manakala PAS, di 64 kawasan parlimen, Parti Gerakan 20 kawasan dan Kumpulan Bersekutu 11 kawasan Parlimen.

Selain Tan Sri Muhyiddin kekal dicalonkan di Pagoh, Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, kekal di Tambun dan Datuk Seri Mas Ermiyati Samsudin kekal di Masjid Tanah.

Juga Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin masing-masing kekal bertanding di Gombak dan Larut.

Ketua Wanita PN yang juga Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd Harun pula bertukar kawasan Parlimen dari Titiwangsa ke Sepang dalam pilihan raya kali ini.

Senator Mohd Radzi Jidin bertanding di Putrajaya, Datuk Kamarudin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Seri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Eddin Syazlee Shith (Kuala Pilah) dan Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof (Alor Gajah).

Calon Pas ialah Senator Datuk Senator Idris Ahmad bertanding di Bagan Serai, Ir. Khairil Nizam Khirudin (Jerantut), Dr. Halimah Ali (Kapar) dan Datuk Dr. Yunus Hairi (Kuala Langat).

Media Baharu