fb fb fb fb fb

Terima kekalahan di Sg Bakap dengan terbuka - Ahmad Zahid

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/Foto FB Zahid Hamidi

MELAKA, 8 Julai - Kekalahan calon kerajaan Perpaduan di Sungai Bakap, Pulau Pinang membuktikan jentera parti perlu  bekerja keras dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang .

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO menerima kekalahan tersebut dengan tangan terbuka dan bersedia untuk bangkit semula.

"Kita terima (kekalahan), itu keputusan rakyat ... ini bukan penghujung, jalan terakhir PRK bagi mana-mana calon dalam parti komponen Kerajaan Perpaduan," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Melaka di Dewan Komuniti Telok Mas di sini malam tadi.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, UMNO perlu melakukan perubahan segera untuk kembali menjadi pilihan pengundi pada PRK akan datang

Perikatan Nasional (PN) mengekalkan status quo di Sungai Bakap selepas calonnya, Abidin Ismail menang dengan majoriti 4,267 undi setelah menewaskan calon PH, Dr Joohari Ariffin.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

GRACE AISYAH KEDAYAN