BESUT, 7 Julai- Kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap akan dijadikan pengajaran, untuk berusaha mencari kemenangan bagi menghadapi PRK DUN Nenggiri, Ogos depan.
Ketua Sekreteriat War Room UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata UMNO tidak kecewa dengan apa yang berlaku, namun kerja perlu diteruskan bagi mendapatkan sokongan dan kepercayaan rakyat dalam pilihan raya DUN itu.
Tambah Ahmad Maslan, isu-isu berbangkit pada PRK Sungai Bakap akan dirangka dengan baik untuk menawan DUN Nenggiri.
Harapannya juga agar pengundi DUN Nenggiri akan memberi peluang kepada calon Barisan Nasional (BN) pada PRK berkenaan.
"Saya ingin menyebut dalam tujuh kali PRK, lima daripadanya Kerajaan Perpaduan menang dan tewas dua. Ia perlu dilihat secara menyeluruh."
"Jangan melihat cerita semalam sahaja. Maka, berpandukan data itu, kita akan berusaha untuk menakluk DUN Nenggiri pula," kata Ahmad Maslan kepada pemberita, di sini hari ini.
Hari pengundian bagi PRK Nenggiri dijadual berlangsung pada 17 Ogos depan.