(Pengundian awal PRU Dewan Negeri Johor/BERNAMA)
JOHOR BAHRU, 8 Mac - Tahap keselamatan sepanjang proses pengundian awal di 63 Pusat Undi Awal PRU Dewan Negeri Johor aman dan lancar.
Jurucakap Media PRU Dewan Negeri Johor, Superitendan Ibrahim Mat Som menerusi kenyataan berkata seramai 3,453 petugas PDRM digerakkan untuk pemantauan hari ini.
"Secara keseluruhannya tahap keselamatan semasa proses pengundian awal dalam suasana aman dan berjalan dengan lancar di seluruh pusat mengundi awal di negeri Johor.
"Pusat mengundi awal telah dibuka bermula pukul 8 pagi dan berakhir pada 5 petang. Sebanyak 63 pusat mengundi dengan 83 saluran mengundi telah disediakan. Seramai 3,453 orang petugas PDRM telah digerakkan untuk penugasan pada hari pengundian awal ini," menurut kenyataan itu.