fb fb fb fb fb

PRU Dewan Negeri Johor: Proses pengundian awal selesai

JOHOR BAHRU, 8 Mac - Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor, berakhir.

Kesemua 63 pusat pengundian awal ditutup tepat pukul 5.00 petang.

Lebih 80% daripada 22,531 anggota polis, tentera, Pasukan Gerakan Am serta pasangan menunaikan tanggungjawab masing-masing.

(FOTO BERNAMA)

Semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap balai polis. Kertas undi hanya akan dikira pada hari pengundian yang akan berlangsung pada Sabtu ini.

Seramai 239 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi pada PRU Dewan Negeri Johor ke-15.

Media Baharu