(Zahidi melawat Pusat Media PRU Dewan Negeri Johor)
JOHOR BAHRU, 8 Mac - Semua calon bertanding pada PRU Dewan Negeri Johor perlu menggunakan sebaiknya platform memperkenalkan calon yang disediakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menerusi Jabatan Penyiaran Malaysia.
Calon juga dinasihat tidak menggunakan media untuk memburukkan atau membuat tuduhan tidak berasas terhadap calon lain.
(Zahidi pada sidang media di Johor Bahru hari ini)
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata usaha kementerian itu supaya semua calon tidak kira parti bertanding mempunyai peluang sama untuk memperkenalkan diri dan manifesto.
"Kita harapkan calon-calon bertanding ini dapat memberi penerangan tentang apa rancangan, apa yang ingin mereka lakukan. Bukan juga memburukkan calon lain," katanya.
Beliau memaklumkannya ketika melawat Pusat Media PRU Dewan Negeri Johor, di sini hari ini.