(Ibu Pejabat SPRM Putrajaya)
Kuala Lumpur, 23 Februari- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka empat bilik gerakan di seluruh negeri Johor, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan rasuah serta salah guna kuasa sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
SPRM dalam satu kenyataan berkata, semua bilik gerakan berkenaan beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 12 malam sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor.
Katanya, bilik gerakan tersebut beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam sepanjang tempoh PRU Dewan Negeri Johor dan boleh dihubungi menerusi alamat dan talian: Pejabat SPRM Johor Kompleks Pejabat SPRM Johor atau nombor telefon 07-2316080, Pejabat SPRM Cawangan Batu Pahat (07-4321982), Pejabat SPRM Cawangan Kluang (07-7714610) dan Pejabat SPRM Cawangan Segamat (07-9317982.
Menurut kenyataan berkenaan, selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui aplikasi Whatsapp di talian 0108414384 atau menerusi emel
Dalam pada itu, SPRM juga mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang ertanding agar tidak melakukan aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).