JOHOR BAHRU, 26 Februari - Seramai 365 anggota dan pegawai polis digerakkan di empat Pusat Penamaan Calon (PPC) di Johor Bahru Selatan sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintenden Lim Jit Huey berkata kawasan melibatkan PPC kerusi Dewan Negeri Puteri Wangsa, Larkin, Perling dan Stulang.
"Saya dapati proses penamaan calon pagi tadi berjalan sangat lancar dan mendapat kerjasama semua pihak," katanya ketika ditemui pemberita di PPC Dewan Negeri Puteri Wangsa, di sini hari ini.
(Superintenden Lim Jit Huey ketika ditemui pemberita di PPC Dewan Negeri Puteri Wangsa, Johor Bahru)
Menurut Jit Huey, pihak polis juga telah bersedia sepanjang tempoh kempen PRU Dewan Negeri berlangsung.
"Pasukan pemantau dan penguatkuasa sepanjang tempoh kempen telah kami tubuhkan. Ini bagi memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) mengekang penularan COVID-19 dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak," tambahnya.