fb fb fb fb fb

Sediakan ruangan khas kepada media elak jangkitan COVID-19 - Annuar Musa

KOTA TINGGI, 25 Februari- Penganjur program ceramah sepanjang minggu kempen Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor ke-15 digalak menyediakan ruang khas, bagi sidang mengadakan sidang media.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, inisiatif tersebut bukan sahaja memudahkan tugasan pengawal media tetapi juga mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Menurutnya, pengamal media merupakan golongan yang sentiasa berada di lapangan, sejak COVID-19 mula melanda negara, dan terdedah kepada risiko jangkitan.

Penyediaan ruang atau bilik khas sidang media juga dapat mewujudkan penjarakan fizikal dalam kalangan petugas.

"Kalau ada ruangan sidang medua sesi bersama media yang tersusun serta terkawal adalah lebih baik daripda berasak-asak terpaksa 'jolok' (temu bual) sambil berjalan dengan keadaan tidak terkawa."

"Jadi, ianya boleh dilakukan untuk kebajikan semua lebih-lebih lagi untuk sama-sama menjaga keselamatan petugas media, kalau semua sakit ataupun takut nak pergi jadi semua org susah juga kalau tiada media," kata Annuar.

Beliau turut menasihatkan pengamal media yang bertugas sepanjang Kempen PRU Dewan Negeri Johor, untuk terus menjaga SOP dan kesihatan kendiri.

Amalan 3W perlu dipatuhi setiap masa, bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Sejak minggu lalu, dilaporkan kira-kira 10 petugas media dikenalpasti positif COVID-19, dipercayai ketika melakukan tugas di lapangan.

Tan Sri Annuar sebelum itu menyampaikan Komuniti Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Johor di Kota Tinggi.

Media Baharu