fb fb fb fb fb

BN tampil 70% muka baharu pada PRU Dewan Negeri Johor

JOHOR BAHRU, 24 Februari- Barisan Nasional (BN) akan mempertaruhkan lebih 70 peratus muka baharu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor ke-15 pada 12 Mac depan.

Senarai calon yang diumumkan pagi tadi, menyaksikan UMNO bertanding di 32 kerusi, MCA 15 kerusi dan MIC bertanding di empat kerusi.

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohamad yang membuat pengumuman itu berkata, senarai muka baharu akan membantu 'meremajakan' parti BN.

"Saya yakin percaya calon-calon yang diumumkan tadi merupakan satu gandingan lama dan baharu, jumlah muka baharu yang bertanding ini jelas menunjukkan parti akan terus melaksanakan peremajaan dalam barisan kita pada kali ini," katanya pada majlis pengumuman calon BN di Pejabat Perhubungan UMNO Johor di sini.

Jelasnya, antara calon yang kembali memperkuat BN ialah, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang bertanding DUN Rengit dan Datuk Zulkurnain Kamisan di DUN Sri Medan.

Manakala Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Md Sah akan bertanding di DUN Larkin dan Datuk Onn Hafiz Ghazi di DUN Machap.

Sementara itu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang Ismail Mohamed akan bertanding di DUN Bukit Kepong manakala bekas ADUN Layang-Layang, Abd Mutalip Abd Rahim akan bertanding di DUN asal, Layang-Layang.

Hasni pula akan mempertahankan kerusi DUN Benut.

Keseluruhan, 10 penyandang kekal di kerusi masing-masing melibatkan lapan calon UMNO dan dua kerusi MIC.

"Bagi senarai muktamad calon daripada MCA pula akan dimuktamadkan selewat-lewatnya esok, bagi memberikan yang terbaik kepada Johor, katanya.

(Majlis pengumuman calon Barisan Nasional di Pejabat Perhubungan UMNO Johor hari ini/Foto UMNO)

Berikut senarai calon BN PRU Dewan Negeri Johor pada 12 Mac ini.

N.01 BULOH KASAP DATUK ZAHARI BIN SARIP
N.02 JEMENTAH MCA
N. 03 PEMANIS ANUAR MANAP
N. 04 KEMELAH SARASWATHI (MIC)
N. 05 TENANG HJH HASLINDA SALLEH
N. 06 BEKOK MCA
N. 07 BUKIT KEPONG HJ ISMAIL BIN MOHAMAD
N. 08 BUKIT PASIR SDR IR MOHD FADZLI MOHD SALLEH
N. 09 GAMBIR TN HJ SHAH RIHAN BIN GHANI
N. 10 TANGKAK MCA
N. 11 SEROM HJH KHAIRIN NISA
N. 12 BENTAYAN MCA
N. 13 SIMPANG JERAM DATUK LOKMAN BIN MD DON
N. 14 BUKIT NANING DATUK FUAD BIN TUKIRIN
N. 15 MAHARANI NUR FARA BINTI SAMSUDIN
N. 16 SUNGAI BALANG MOHD HELMI ABD LATIF
N. 17 SEMERAH MOHD FARED BIN MOHD KHALID
N. 18 SRI MEDAN DATO ZULKURNAIN BIN KAMISAN
N. 19 YONG PENG MCA
N. 20 SEMARANG DATO SAMSOLBARI BIN JAMALI
N. 21 PARIT YAANI DATUK MOHD NAJIB BIN SAMURI
N. 22 PARIT RAJA NOR RASHIDAH RAMLI
N. 23 PENGGARAM MCA
N. 24 SENGGARANG TN HJ MOHD YUSLA
N. 25 RENGIT DATO PUAD ZARKASHI
N. 26 MACHAP DATO ONN HAFIZ
N. 27 LAYANG-LAYANG HJ MUTALIB HJ RAHIM
N. 28 MENGKIBOL MCA
N. 29 MAHKOTA DATO SHARIFAH AZIZAH SYED ZAIN
N. 30 PALOH MCA
N. 31 KAHANG VIDYANATHAN
N. 32 ENDAU MOHD YOUZAIMI YUSOF
N. 33 TENGGAROH RAVEN KUMAR
N. 34 PANTI HJ HAHASRIN BIN HASHIM
N. 35 PASIR RAJA RASHIDAH ISMAIL
N. 36 SEDILI MUSZAIDI MAKMOR
N. 37 JOHOR LAMA HJH NORLIZA BINTI NOH
N. 38 PENAWAR FAUZIAH MISRI
N. 39 TANJUNG SURAT DATO SYED SEES BIN ABD RAHMAN
N. 40 TIRAM HJ AZIZUL BACHOK
N. 41 PUTERI WANGSA MCA
N. 42 JOHOR JAYA MCA
N. 43 PERMAS HJ BAHARUDIN BIN MOHD TAIB
N. 44 LARKIN SDR HAIRI BIN MD SHAH
N. 45 STULANG MCA
N. 46 PERLING MCA
N. 47 KEMPAS DATUK RAMLEE BOHANI
N. 48 SKUDAI MCA
N. 49 KOTA ISKANDAR HJ PANDAK BIN AHMAD
N. 50 BUKIT PERMAI DATUK MOHD JAFNI MD SHUKOR
N. 51 BUKIT BATU S SUPAYYAH
N. 52 SENAI MCA
N. 53 BENUT YAB DATO’ HJ HASNI BIN MOHAMMAD
N. 54 PULAI SEBATANG PN HJH HASRUNIZAH BINTI HASSAN
N. 55 PEKAN NENAS MCA
N. 56 KUKUP DATUK JEFRIDIN BIN ATAN

Media Baharu