PUTRAJAYA, 20 November- Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr. Radzi Jidin memenangi kerusi Parlimen Putrajaya dengan majoriti 2,310 undi.
Keputusan rasmi diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Putrajaya, Shamsul Joehari Zainal Mokhtar.
Radzi memperoleh 16,002 undi, menewaskan penyandang kerusi itu, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mendapat 13,692 undi.
Calon Pakatan Harapan, Dr. Noraishah Mydin Abdul Aziz pula meraih 5,988 undi dan Pejuang, Datuk Mohd Rosli Ramli (878 undi).
Manakala calon bebas, Samsudin Mohd Fauzi dan Lim Fice Bee hilang wang deposit, masing-masing mendapat 63 dan 20 undi.
Sementara itu, peratusan keluar mengundi Putrajaya sebanyak 86.21 peratus daripada keseluruhan 42,881 pemilih berdaftar.