BERA, 20 November - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempertahankan kerusi Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dengan majoriti 16, 695 undi.
Ismail Sabri memperoleh 31, 762 undi mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH), Abas Awang (15,067) undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Asmawi Harun (12,719) undi.
PRU14 lalu, beliau memenangi kerusi itu dengan majoriti 2,311 undi.
Ismail Sabri memperoleh 20,760 undi mengalahkan calon PKR, Zakaria Abdul Hamid (18,449 undi) dan calon PAS, Musannif Ab Rahman (8,096 undi).