fb fb fb fb fb

Penyandang Bagan LGE kekal, calon PH pertahan Parlimen Johor Bahru

BAGAN, 20 November- Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng berjaya mengekalkan kerusinya di Parlimen P043 Bagan.

Beliau berjaya menewaskan pesaingnya calon Perikatan Nasional (PN), Alan Oh@Oh Teik Choon dengan majoriti 49,648 undi.

Dua lagi pesaing; Tan Chuan Hong (BN) dan Mohammed Hafiz Mohamed Abu Bakar (Pejuang) masing-masing mendapat 5,385 dan 1,323 undi.

Sebanyak 7,038 kertas undi ditolak manakala peratusan keluar mengundi ialah 77. 72%.

Pengumuman keputusan rasmi penjumlahan undi diumumkan Pegawai Pengurus SPR Parlimen Bagan, Baderul Amin Abd Hamid di Dewan Dato' Haji Ahmad Badawi pada jam 11.03 minit malam.

Sementara itu calon Pakatan Harapan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir mempertahankan kerusi Parlimen Johor Bahru selepas meraih 43,252 undi, dengan majoriti 16,041 undi.

Keputusan diumum Pegawai Pengurus Pilihan Raya P160 Ungku Mohd Zaffrin Ungku Mohd Zaman.

Akmal Nasrullah menewaskan calon Barisan Nasional, Johan Arifin Mohd Ropi yang memperoleh 27,211 undi, calon Perikatan Nasional Mohd Mohtaj Yacob (22,075 undi) dan calon Pejuang Hairy Mahmood (1,855 undi).

Jumlah undi ditolak di parlimen ini ialah 837 manakala peratusan keluar mengundi 70.05%.

(Keputusan diumum Pegawai Pengurus Pilihan Raya P160 Ungku Mohd Zaffrin Ungku Mohd
Zaman)

Media Baharu