fb fb fb fb fb

PRU15: Mas Ermieyati pertahan Parlimen Masjid Tanah

Foto FB Calon

MASJID TANAH, 20 November- Datuk Mas Ermieyati Samsudin berikrar akan meneruskan segala usaha yang dilakukan sebelum ini selepas beliau berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Masjid Tanah (P.134), sebentar tadi.

Datuk Mas Ermieyati berkata tiada apa yang mustahil jika rakyat dapat melihat kerja keras beliau dalam membantu mereka selama dua penggal sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah.

"Saya ucapkan syukur di atas kemenangan ini. Alhamdulillah, saya ucapkan terima kasih terutama kepada keluarga pucuk pimpinan Perikatan Nasional (PN) dan seluruh jentera yang terlibat bersama.

Kemenangan ini untuk anda semua," kata Mas Ermieyati selepas pengumuman rasmi keputusan Parlimen Masjid Tanah oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) P.134 Masjid Tanah, Saifuddin Abdul Karim.


(Pemenang kerusi Parlimen Masjid Tanah (P.134), Datuk Seri Mas Ermieyati/FB Calon)

Datuk Mas Ermieyati merekodkan kemenangan selesa pada kerusi parlimen itu dengan majoriti 4,411 undi sekali gus menafikan saingan daripada calon Barisan Nasional (BN), Abdul Hakim Abdul Wahid yang hanya mendapat 21,193 undian.

Calon MUDA, Muthalib Uthman mendapat 7,445 undian manakala calon Pejuang, Handrawirawan Abu Bakar dengan 507 undian.

Media Baharu