fb fb fb fb fb

Parlimen Ketereh milik PAS

FOTO BERNAMA

KETEREH, 20 November - Calon daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Mejar (B) Jeneral Datuk Haji Khlir memenangi kerusi bagi Parlimen Ketereh (P.026).

Beliau menang dengan jumlah undi sebanyak 40,542 undi menewaskan tiga calon lain dengan majoriti besar 23,107 undi.

Beliau yang berdepan saingan empat penjuru menewaskan calon daripada Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (PUTRA).

Pengumuman rasmi dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Ketereh, Haji Anis Hussein malam tadi.

Barisan Nasional (BN) yang diwakili oleh Marzuani Ardila Ariffin mendapat 17,435 undi manakala Haji Rahimi yang mewakili Pakatan Harapan (PH), 4,662 dan Haneef Ibrahim daripada PUTRA dengan 223 undi.

Terdahulu, kerusi Parlimen Ketereh disandang oleh Calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa pada PRU14 dengan majoriti 4,626 undi.


(Calon daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Mejar (B) Jeneral Datuk Haji Khlir/FB PAS)

Media Baharu