fb fb fb fb fb

Johari Abdul Ghani menang di Titiwangsa, Zuraida gagal pertahan Ampang

FB Johari

KUALA LUMPUR, 20 November - Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Johari Abdul Ghani memenangi kerusi Parlimen Titiwangsa (P.119) dengan majoriti 4,632 undi.

Beliau yang berjaya meraih jumlah undi sebanyak 25,042 bertekad untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen seperti yang dijanjikan kepada pengundi.

Datuk Seri Johari memenangi kerusi parlimen itu buat penggal kedua selepas PRU13. 

"Kita nak lihat masalah tertunggak di sini, isu berbangkit di Flat Sg Baru, Datuk Keramat. Ini antara isu yang saya bawa untuk kerajaan melihat semula demi kesejahteraan rakyat khususnya penduduk dalam Parlimen Titiwangsa," kata Johari kepada RTM selepas Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon Parlimen Titiwangsa, Firdzaus Said mengumumkan keputusan bagi kerusi parlimen itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, ibu negara.

Terdahulu, Parlimen Titiwangsa menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan wakil daripada Pakatan Harapan (PH), Khalid Abdul Samad dengan jumlah undi, 20,410 manakala wakil Perikatan Nasional (PN), Dr Rosni Adam hanya meraih undi sebanyak 14,518 serta wakil Pejuang pula, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dengan 888 undi.

Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Titiwangsa adalah 80,747.

Sementara itu, penyandang Parlimen Ampang (P.099), Datuk Zuraida Kamaruddin gagal mempertahankan kerusinya bagi PRU15.


(Penyandang Parlimen Ampang (P.099), Datuk Zuraida Kamaruddin tewas kepada
wakil Pakatan Harapan, Rodziah Ismail/FB Zuraida)

Wakil daripada Parti Bangsa Malaysia (PBM) itu sekadar meraih undi sebanyak 4,589, jauh ditinggalkan pemenang kerusi berkenaan iaitu Rodziah Ismail yang mewakili Pakatan Harapan (PH), dengan jumlah undi sebanyak 56,754.

Rodziah Ismail menang dengan majoriti besar sebanyak 29, 681 undi pada PRU15 kali ini.

Parlimen Ampang menyaksikan pertembungan sembilan penjuru melibatkan parti Barisan Nasional (Ivone Low Yi Wen), Perikatan Nasional (Sasha Lyna), Pejuang (Dr. Nurul Ashikin), Warisan (Bryan Lai) dan tiga lagi wakil calon Bebas Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunos, M.Raveen dan Tan Hua Meng.

Media Baharu