(Tan Sri Abdul Ghani Salleh semasa sidang media di Menara SPR, Putrajaya)
PUTRAJAYA, 20 November- Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) setakat 12.15 tengah malam tadi menyaksikan, Pakatan Harapan (PH) mendahului dengan 28 kerusi parlimen.
Keputusan rasmi itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh di Menara SPR, Putrajaya.
Sementera itu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi 20 kerusi, PAS (18), Perikatan Nasional (17).
Manakala Barisan Nasional (BN) mencatatkan 16 kerusi, GRS (4), DAP (4).
Parti Warisan, MUDA, PBM dan Bebas masing-masing mencatatkan 1 kerusi.
Pengerusi SPR memaklumkan, keputusan terkini jumlah kerusi parlimen dan DUN akan diumumkan secara berkala dari semasa ke semasa.
(Foto fail)