(Calon PN bagi Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama pencabarnya
Datuk Seri Anwar Ibrahim PH di Pusat Penamaan Calon sempena PRU15
di Dewan Sri Kledang, Meru/FOTO BERNAMA)
TAMBUN, 20 November - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menawan kerusi Parlimen Tambun dengan memperoleh 49, 625 undi Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ini sekali gus menewaskan penyandang kerusi Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dari Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 45, 889 undi.
Anwar yang menang bergaya mengambil langkah berani bertanding ke kubu kuat Ahmad Faizal yang dimenanginya pada PRU14 lalu atas tiket PH dengan 38, 661 undi.
Anwar Ibrahim yang menang dengan majoriti 3, 736 undi menewaskan tiga calon lain dari Barisan Nasional (BN) Aminuddin Md Hanafiah (28,140) undi, dan Abdul Rahim Tahir dari Pejuang (1,115) undi.
Sejurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tambun mengumumkan kemenangan itu, Dewan Seri Perdana, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlah Shah bergema dengan laungan reformasi.
SPR berkata sebanyak 1,369 undi ditolak di kawasan parlimen Tambun.