(Eizlan Yusof)
SABAK BERNAM, 20 November- Pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof hilang wang deposit sebanyak RM10,000 selepas tewas di Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Eizlan atau Idris Md Yusof, 51, yang mewakili parti Parti Pejuang Tanahair (Pejuang)mendapat 460 undian.
Kerusi parlimen itu dimenangi oleh Kalam Salam daripada Perikatan Nasional (PN) dengan 17,973 undi dan majoriti 5,056 undi.
Dua lagi calon bertanding adalah Datuk Abd Rahman Bakri (Barisan Nasional) dengan 12,917 undi manakala Shamsul Maarif Ismail (Pakatan Harapan) mendapat 9,627 undi.
(Karam Salam/ Eizlan Yusof)