LANGKAWI, 20 November - Tun Dr Mahathir Mohamad gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi selepas tewas dengan pencabarnya dari Perikatan Nasional (PN) Datuk Suhaimi Abdullah dengan 25, 463 undi
Tun Dr Mahahir hanya memperoleh 4, 566 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang diumumkan pada 11.50 malam tadi.
Keputusan itu sekali gus menjadi gelanggang terakhir Tun Dr Mahathir yang juga Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) untuk pilihan raya kali ini memandangkan usianya yang sudah lanjut iaitu berusia 97 tahun.
Secara keseluruhan, 71 peratus pengundi keluar mengundi daripada 66, 777 pengundi yang layak mengundi pada PRU15 kali ini.
Parlimen Langkawi menyaksikan pertembungan lima penjuru iaitu (BN), Datuk Armishah Siraj, selain calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mohd Suhaimi Abdullah; Pakatan Harapan (PH), Zabidi Yahya dan calon bebas, Datuk Paduka Abdul Kadir Sainudin.
Negarawan itu akan mempertahankan kerusi itu untuk penggal kedua selepas memenanginya pada PRU14 atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 8,893 undi.
Pada PRU14 lalu, Dr Mahathir memperoleh 18,954 undi menewaskan Datuk Nawawi Ahmad (BN, 10,061 undi) dan Zubir Ahmad (PAS, 5,512 undi).