fb fb fb fb fb

Muhyiddin dan Syed Saddiq berjaya pertahan kerusi

(Foto FB)

JOHOR BAHRU, 20 November - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya mengekalkan kedudukannya di Parlimen Pagoh selepas menang besar dengan memperoleh 24,986 undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Muhyiddin yang juga penyandang kerusi parlimen itu menang dengan majoriti sebanyak 10,007 undi menewaskan pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Razali Ibrahim (14,426 undi) dan calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah (14,979 undi).

Pada PRU14 lalu, Muhyiddin menewaskan Ismail Mohamed Said daripada UMNO dan Ahmad Nawfal Mahfodz (16,631) dari parti PAS (2, 483).

Muhyiddin memperoleh sebanyak 23,558 undi dengan menang majoriti 6,927 pada pilihan raya 2018.


(Foto FB)

Sementara itu, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sah pertahan kerusi Parlimen Muar hari ini.

Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen itu meraih 19,961 undi meninggalkan pencabarnya iaitu calon (BN), Mohd Helmy Abd. Latif (18,616) dan calon (PN) Abdullah Husin iaitu (14,581).

Terdahulu, pada PRU14, Syed Saddiq yang bertanding atas tiket PH menewaskan penyandang kerusi Parlimen Muar ketika itu, Datuk Seri Razali Ibrahim (BN) dan Abdul Aziz Talib (PAS) dengan majoriti 6,953 undi.

Syed Saddiq menang dengan memperoleh 22, 341 undi menewaskan calon BN Razali Ibrahim (15,388) dan PAS Abdul Aziz Talib (4,354).

Media Baharu