fb fb fb fb fb

Wee Ka Siong pertahan Ayer Hitam, Tengku Zafrul tewas di Kuala Selangor

(Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz/Foto fail BERNAMA)

BATU PAHAT, 19 November- Calon Barisan Nasional (BN) Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mempertahankan kerusi itu dengan majoriti lebih besar, 2,963 undi berbanding 303 pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Presiden MCA itu memperoleh 18,911 undi mengatasi calon PH, Sheikh Umar Bagharib Ali (15,948 undi) dan Muhammad Syafiq A.Aziz daripada PN (11,833 undi).

"Majoriti 2,963 tetapi saya anggap ia pilihan raya luar biasa kerana melihat tiga parti utama bertanding dalam satu kawasan yang masing-masing ada kekuatannya, baik untuk PH atau pun PN," katanya di sini.

Seramai 46,692 undi atau 77.28 peratus pengundian bagi Parlimen Ayer Hitam direkodkan daripada keseluruhan 61,41 pengundi.

361 undi ditolak dan 119 lagi kertas undi yang tidak dikembalikan.

Keputusan rasmi tersebut diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Ayer Hitam, Norfaiz Jamil.

Pada PRU14 lalu, Ka Siong menang dengan majoriti 303 undi mengatasi Liew Chin Tong daripda PKR dan Hj Mardi Marwan daripada PAS.

(Datuk Seri Dr Wee Ka Siong/Foto fail BERNAMA)

Sementara itu, calon muka baharu bagi Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mewakili Barisan Nasional (BN) gagal memenangi kerusi parlimen itu.

Tengku Zafrul tewas kepada Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad daripada Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 31,033 undi dengan majoriti sebanyak 1,002 undi.

Dua calon lain yang turut bersaing merebut kerusi itu ialah Mohd Shaid Rosli (PEJUANG) yang mendapat 1,778 undi dan Mohd Noor Mohd Sahar (PN) dengan 23,639 undi.

Pada PRU14, Dr. Zulkefly menang dengan majoriti 8,498 undi dengan jumlah undi sebanyak 29,842.

Media Baharu