fb fb fb fb fb

PRU15: Lando tewas di kerusi Tanjong Karang

(Lando Zawawi)

TANJONG KARANG, 19 September- Calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) Parlimen Tanjong Karang, Lando Zawawi yang menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tewas kepada Datuk Dr. Zulkapferi Hanafi dari Perikatan Nasional (PN).

Pemilik nama penuh pelakon dan aktivis tersebut, Azlan Sani Zawawi meraih sebanyak 3,557 undi berbanding Dr. Zulkapferi yang meraih 18,054 undi dengan 15,097 undi majoriti.

Kerusi P.095 itu menyaksikan pertembungan lima penjuru melibatkan tiga calon lain iaitu Datuk Habibah Mohd Yusof dari Barisan Nasional (BN) sebanyak 15,874 undi, Siti Rahayu Baharin dari Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sebanyak 12,314 undi dan Mohd Rosni Mastol (Bebas) sebanyak 1,406.

Peratus keluar mengundi di kawasan itu adalah 82.33 peratus atau 51,205 pengundi.

 (Dr. Zulkapferi/ Lando Zawawi)

Media Baharu